Monday, November 25, 2013

Rahmat Untuk Semua

Mungkin agak tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijarh 1435 buat semua warga surau AsSaajidin,

Semoga bertambah makmur lagi surau ini dan dimantapkan lagi dengan pengajian. Semoga Allah merahmati buat kita semua... Aminn..

Friday, July 27, 2012

Karpet Baru


Surau As-Saajidin telah menukar karpet lama surau dengan yang baharu berwarna merah hasil dari sumbangan orang ramai. Semoga sumbangan tersebut mendapat keberkatan dan balasan yang sebaiknya dari Allah SWT.
Antara usaha yang terbaru yang diambil oleh Surau As-Saajidin ialah untuk membina sebuah Sekolah Agama Rakyat bersebelahan dengan surau dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM35,000. Sumbangan masih diperlukan.

Ramadhan Al Mubarak

Saf Kepimpinan Surau As-Saajidin mengucapkan selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Perbanyakkanlah amal di bulan yang mulia ini.

Friday, November 19, 2010

Salam Aidil Adha 1431H

Labbaikaullah hum malabbaik..

Kepada semua muslimin dan muslimat kariah Surau As-Saajidin diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari seluruh Ahli Jawatankuasa Surau. Tahun ini sebanyak 5 ekor korban (4 lembu dan 1 kerbau) berjaya dilaksanakan dengan kerjasama ahli kariah. Semoga ditahun akan datang akan ada lebih lagi umat islam yang ingin menunaikkan ibadah korban ini dan ibadah korban ini bukannya sebarang "program" ya.. Harap maklum.

Allah hu Akhbar.. Allah Hu Akhbar.. Allah Hu Akhbar..

Tuesday, December 8, 2009

Program Korban 1430H

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Eidul Adha, surau As-Saajidin telah membuat ibadah korban dengan 5 ekor lembu. Kepada semua yang mengambil bahagian, semoga korban anda mendapat barakah. Insya Allah.

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Semua warga kerja Surau As Saajidin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1430 kepada semua ahli kariah Batu Gajah Perdana dan Metro Pengkalan. Semoga kemakmuran surau ini akan terus dikekalkan dan bertambah dari masa ke semasa.

Thursday, January 10, 2008

Sumbangan Derma Pembinaan Pagar

Dalam menjaga kesucian surau As-Saajidin ini dari dimasuki haiwan liar seperti anjing dan sebagainya, jawatankuasa masjid telah berusaha untuk mendapatkan dana bagi pembinaan pagar yang diangarkan berjumlah RM30,000. Jumlah kutipan yang telah diperolehi setakat ini (Januari 2008) hanya berjumlah sekitar RM500 sahaja. Oleh itu sumbangan derma orang ramai amat-amat diperlukan.

Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan, bolehlah berbuat demikian dengan berjumpa dengan Pengerusi Surau As-Saajidin, Encik Amir atau Bendahari - Encik Shahori.

Sumbangan juga boleh dilakukan dengan memasukan terus kedalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Surau As-Saajidin dengan nombor akaun : XXX XXX XXX XXX

Segala bentuk sumbangan dalam usaha murni menjayakan pembinaan pagar surau ini, AJK Surau As-Saajidin mengucapkan Jazakaulah hu khairan khatiro dan Alhamdulillah. Hanya Allah jua yang dapat membalas dengan sebaik-baiknya atas segala sumbangan tuan-tuan dan puan-puan. ALLAH HU AKHBAR..!!!