Thursday, January 10, 2008

Sumbangan Derma Pembinaan Pagar

Dalam menjaga kesucian surau As-Saajidin ini dari dimasuki haiwan liar seperti anjing dan sebagainya, jawatankuasa masjid telah berusaha untuk mendapatkan dana bagi pembinaan pagar yang diangarkan berjumlah RM30,000. Jumlah kutipan yang telah diperolehi setakat ini (Januari 2008) hanya berjumlah sekitar RM500 sahaja. Oleh itu sumbangan derma orang ramai amat-amat diperlukan.

Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan, bolehlah berbuat demikian dengan berjumpa dengan Pengerusi Surau As-Saajidin, Encik Amir atau Bendahari - Encik Shahori.

Sumbangan juga boleh dilakukan dengan memasukan terus kedalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Surau As-Saajidin dengan nombor akaun : XXX XXX XXX XXX

Segala bentuk sumbangan dalam usaha murni menjayakan pembinaan pagar surau ini, AJK Surau As-Saajidin mengucapkan Jazakaulah hu khairan khatiro dan Alhamdulillah. Hanya Allah jua yang dapat membalas dengan sebaik-baiknya atas segala sumbangan tuan-tuan dan puan-puan. ALLAH HU AKHBAR..!!!

No comments: