Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429

Kepada semua ahli qariah Surau As-Saajidin, Taman Batu Gajah Perdana, Pusing Perak, diucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1429." Semoga surau ini menjadi bertambah makmur dan diberkati Allah akan segala aktiviti yang dijalankan. Kerahmatan Mu jua Ya Allah yang kami pinta.

Pada malam Awal Muharram tersebut satu ceramah telah diadakan yang disampaikan oleh Ustaz Shahriman. Dalam ceramahnya bertajuk "Hirah Diri" beliau telah menekankan betapa pentingnya untuk kita kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam bukan hanya sekadar mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian lagi yang tidak disukai. Islam hendaklah diamalkan dari segenap aspekkehidupan kerana Islam adalah agama yang lengkap mencakupi segalanya samada dari segi sosial, ekonomi mahupun politik.

Belia juga turut memaklumkan betapa Islam itu telah dihina bukan sahaja oleh orang-orang kufar tetapi oleh mereka-mereka yang mengaku dirinya Islam dan begitu hebat mengaku dirinya hamba Allah. Alangkah tidak malunya mereka kepada Allah dan ada sehingga sanggup menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Sungguh kurang ajar dan biadapnya mereka kepada Allah dan Nabi. Semoga orang-orang yang sedemikian rupa diberi hidayah ke jalan yang benar. Sesungguhnya mati itu benar, janji Allah itu benar dan ingatlah, kita semua suatu hari nanti pasti menerima balasan atas segala perbuatan dan percakapan kita. Sebelum semuanya terlambat... berhijrahlah demi kedaulatan Islam yang semakin tercabar dan tercalar. ALLAH HU AKHBAR..!!!

No comments: